Wednesday, October 31, 2012

PEMASANGAN PAPAN AGIHAN & PENAMATAN


TAJUK : INSTALL DISTRIBUTION BOARD AND TERMINATION
                    (PEMASANGAN PAPAN AGIHAN & PENAMATAN)



TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan persediaan yang diperlukan oleh setiap pelajar untuk menjalani pembelajaran yang akan dipelajari.selain itu juga dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang kemahiran.

PENERANGAN :

Kertas penerangan ini menerangkan berkenaan  jenis-jenis papan, dana komponen - komponennya serta ciri-ciri dan fungsi bagi setiap komponen pada papan agihan. 

PENGENALAN:

-     Papan agihan (distribution board) ialah satu tempat pengagihan bagi kabel litar akhir.
-          Binaan papan agihan dibuat daripada pvc atau logam.
-          Perkara yang perlu diambilkira semasa membeli sebuah papan agihan ialah :-
i.              Bilangan hala
ii.             Jenis binaan (logam atau pvc)
iii.            Jenis MCB, ELCB dan suis fius
iv.           Jenis bekalan (1fasa dan 3 fasa)


A. Jenis – jenis papan agihan
       
        1. Papan agihan terlitup logam kutub tunggal dan neutral lengkap dengan pemutus litar kecil (MCB).

2  .Papan agihan terlitup pvc kutub tunggal dan neutral lengkap dengan pemutus litar kecil (MCB).




B. Komponen – komponen pada papan agihan (distribution board)

  1. Suis utama (Suis fius)
  2. Pemutus litar bocor kebumi (ELCB, RCCB, RCD)
  3. Pemutus litar kecil (MCB)
  4. Busbar

  Suis utama (suis fius)
 
 i. 63A SPN (Single pole and neutral)




  Pemutus litar bocor kebumi (ELCB, RCCB, RCD)
    i.  ELCB (Earth leakage circuit breaker)
 
 
 
   ii. RCCB (Residual Current Circuit breaker)
               
 
Pemutus litar kecil (MCB)
   i. MCB SP (single pole)
 
ii. MCB TP (two pole)
 
Busbar

C.  Ciri – ciri dan fungsi setiap komponen pada papan agihan.
  Suis utama (suis fius)
-          Satu unit yang mengandungi pengasing dengan fius yang boleh ditarik keluar.
-          Ia hampir menyerupai fius suis tetapi mempunyai  perbezaan yang berikut :-
   i.   Fius yang digunakan ialah ialah dari jenis tanpa tag dan tidak perlu skru dan nut
        (fius katrij) berbanding fius suis menggunakan fius jenis HRC.
   ii.  Fius berkadaran 63A kebawah.
   iii. Ia tidak terpisah dari palang bus apabila di OFFkan.
-          Ia digunakan untuk pemasangan 1 fasa (SP dan SPN ) dan 3 fasa ( TP dan TPN ).
-     Simbol suis fius:-




      -     Jenis fius yang digunakan :- Fius katrij
Fius katrij (63A)


Pemutus litar bocor kebumi (ELCB, RCCB, RCD)
 
-          ELCB digunakan sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan pengasing litar.
-          Ia berfungsi menggunakan prinsip medan magnet seimbang dimana arus yang masuk (hidup) sama dengan arus yang keluar (neutral).
-          Mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi.
-          Dapat dikendalikan secara automatik atau manual.
-          Ia perlu dipasang apabila rintangan bumi sesuatu kawasan itu tinggi.
-          Setiap ELCB biasanya mempunyai catitan kadaran – kadaran  seperti
i.              Voltan kadaran
ii.             Arus kepekaan
iii.            Arus kepekaan
-          ELCB tidak boleh digunakan dalam sistem pemasangan TNC kerana tiada laluan berasingan
bagi neutral dan arus bocor kebumi (tiada perbezaan antara arus fasa dan neutral).
-          Simbol pemutus litar bocor kebumi :-
 
Pemutus litar kecil (MCB)
-          Satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi.
-          Ia dapat dikendalikan secara automatik atau manual.
-          Ia mestilah dibuat dan direka menurut BS 3871.
-          Jenis – jenis kendalian pemutus litar
a.     Magnetik
b.    Thermal
c.     Hidraulik
-          Kebaikan
i.              Litar yang rosak mudah diketahui.
ii.             Bekalan boleh disambung semula dengan cepat.
iii.            Tidak mudah rosak dan tahan lama.
iv.            Arus kendalian dan masa ekoran dapat ditetapkan.
-          Keburukan
i.              Harga mahal.
Busbar
-          Diperbuat daripada kuprum.
 
Pengenalan Papan Agihan Domestik..